fb fb fb fb fb

Seludup PATI, sepasang suami isteri ditahan PGA Johor

PONTIAN, 6 April- Sepasang suami isteri warga tempatan yang disyaki dalang membawa masuk 10 pendatang asing tanpa izin, PATI ke negara ini ditangkap Batalion 5, Pasukan Gerakan Am, PGA, Simpang Renggam di Jalan Tebing Kiri, Sungai Sanglang, Pontian, Johor, 7.30 pagi semalam.

Tangkapan dibuat menerusi Ops Nyah 1 Johor yang turut disertai Bahagian (D3) Atipsom, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.

Hasil siasatan, pasangan berusia 38 dan 47 tahun itu dipercayai aktif sejak tiga bulan lalu dengan mengenakan bayaran RM2,700 kepada setiap seorang PATI yang hendak dibawa masuk.

Semua PATI ditangkap berusia 17 hingga 57 tahun.

Turut dirampas, wang tunai RM27,000 sebuah kereta yang dipercayai digunakan membawa PATI dan dua unit telefon bimbit.

Semua PATI dibawa ke IPD Pontian untuk disiasat mengikut Seksyen 26(a) Akta Aptisom 2007 dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen.


(PATI diseludup menggunakan kenderaan pelbagai guna MPV)

Media Baharu