fb fb fb fb fb

Jelajah Ramadan RTM ke Pulau Pinang terap semangat Keluarga Malaysia

KEPALA BATAS, 6 April - Jelajah Ramadan (JR) RTM diteruskan ke Pulau Pinang dengan memberi penekanan kepada semangat kerjasama keluarga Malaysia dalam membantu golongan memerlukan.

Seramai 83 individu terdiri daripada pesakit buah pinggang dan pelajar tahfiz diberi sumbangan dan diraikan.

Penerbit Program, Asri Ishak berkata JR yang mendapat tajaan dan kerjasama Al-Haddad Group turut memberi sumbangan air balang dan kurma kepada orang ramai.


(Penerbit Program, Asri Ishak)

Jelasnya, sambutan diterima lebih memberangsangkan pada tahun ini.

"Pusat dialisis yang pertama iaitu di Bayan Baru, Balik Pulau, Bukit Mertajam, Titi Mengkuang dan Kepala Batas. Sebelum majlis berbuka puasa edaran air balang kami lakukan kepada orang ramai secara percuma. Sepuluh jenis air balang, simbolik kepada sedekad sejarah Jelajah Ramadan sempena dengan 10 tahun Jelajah Ramadan", katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Al-Haddad Group, Syed Ageel Syed Mohd Mahayadin Al Haddad berkata pihaknya akan terus menjalin kerjasama dengan RTM dalam membantu golongan memerlukan di negeri itu.

"Supaya akan ada majlis-majlis yang bermanfaat di antara RTM dengan Alhaddad Group selepas ini. kita akan ada pertemuan dan perbincangan apa yang patut kita lakukan khususnya untuk umat disini", kata Syed Ageel.

Pulau Pinang menjadi negeri kedua yang meneruskan siri Jelajah Ramadan selepas Perak, 3 April lalu.

Media Baharu