fb fb fb fb fb

Dua warga emas terperangkap dalam banjir selamat dipindahkan

Anggota APM Padang Terap membantu memindahkan warga emas ke kawasan selamat selepas kediaman mereka dinaiki air berikutan hujan lebat semalam

Padang Terap 23 Oktober – Dua warga emas yang terperangkap dalam banjir kilat di Kampung Kubang Juluk, Mukim Tekai Kanan, diselamtkan anggota Pertahanan Awam daerah itu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Padang Terap, Leftenan (PA) Mohd Roshidi Kassim berkata, kedua-dua mereka kemudian dipindahkan ke rumah saudara terdekat dengan bot.

Hujan lebat melanda sejak jam 5.30 petang semalam menyebabkan berlaku limpahan air sungai di kawasan kampung berkenaan namun tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka didaerah itu setakat petang tadi.

Mohd Roshidi turut menasihatkan penduduk kampung yang tinggal di kawasan berhampiran sungai supaya sentiasa peka dan waspada jika hujan lebat.

Katanya, penduduk dinasihatkan bersedia untuk berpindah sekiranya paras air meningkat dan memasuki kediaman masing-masing yang membahayakan keselamatan diri dan keluarga.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD