fb fb fb fb fb

Dua wanita maut selepas pikap jatuh sungai

BETONG, 7 Oktober - Dua wanita maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki terjatuh ke dalam sungai di Kampung Semueh Baru, Jalan Lubuk Antu, di sini, pagi tadi.

Kedua-dua penumpang wanita itu berusia lingkungan 40-an dan 50-an.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 11.29 pagi dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong (BBP) telah diarah ke lokasi kejadian.

"Seorang lelaki dewasa yang merupakan pemandu dan seorang kanak-kanak lelaki berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan telah dihantar ke Klinik Merindun, Lubok Antu sebelum ketibaan pasukan bomba,”

"Dua penumpang wanita juga telah dikeluarkan oleh orang awam dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan," katanya menerusi kenyataan hari ini.


(Polis dan anggota bomba membawa mayat mangsa ke darat/FOTO Bomba)

Bagaimanapun, identiti kedua-dua mangsa masih belum dikenal pasti setakat ini.

"Mayat kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Media Baharu