fb fb fb fb fb

Dua rentung kemalangan babitkan empat kenderaan

(FOTO JBPM JOHOR)

KULAI, 16 Oktober- Dua individu rentung selepas kereta dinaiki terlibat kemalangan babitkan empat kenderaan sebelum terbakar, kira-kira pukul 7.47 malam tadi, di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, Sedenak.

Ketika kejadian, mangsa yang rentung, Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28, berada di tempat duduk penumpang hadapan tersepit sementara pemandu, suami mangsa berjaya keluar dari kereta.

Identiti seorang lagi mangsa dari kereta berasingan masih belum dapat dikenal pasti.

Komander Operasi, Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Renggam Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Fauzi Md Nor menerusi kenyataan memaklumkan, kedua-dua kereta terbakar 90 peratus, manakala lori terbakar 70 peratus dan sebuah lagi kereta remuk.

(FOTO JBPM JOHOR)

Dua lelaki dalam lori dan pemandu sebuah lagi kereta yang terlibat kemalangan selamat dan tidak cedera.

Operasi masih berjalan melibatkan 18 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, BBP Kulai dan BBP Ayer Hitam serta tiga jentera dan satu lori tangki air.

Maklumat mangsa yang terlibat sedang diperoleh pihak berkuasa.

Media Baharu