fb fb fb fb fb

Cuti khas peristiwa, rai kejayaan pasukan JDT

JOHOR BAHRU, 15 Oktober- Kerajaan Johor mengisytiharkan esok sebagai cuti khas peristiwa sempena kejayaan gemilang pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menjuarai Liga Super kali ke-9 berturut-turut.

Selain menang 10 piala dalam lain-lain kejuaraan disertai JDT sepanjang tahun ini.

Menerusi kenyataan Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Datuk Dr. Azmi Rohani berkata cuti khas peristiwa bagi menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Keputusan pengisytiharan cuti khas peristiwa itu selaras peruntukan kuasa diberikan mengikut Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 [Akta 369].

"Ia juga sebagai tanda meraikan kejayaan cemerlang Johor menjuarai SUKMA ke-20, September lalu, dengan 77 pingat emas.

"Kerajaan negeri turut mahu memberi penghargaan kepada beberapa acara sukan lain yang disertai Johor yang mencatatkan kecemerlangan dan merangkul kejuaraan sepanjang 2022 seperti Bola Jaring, menerusi Johor Jewels, yang menjuarai Sooka Netball Super League (NSL) 2022," jelas beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam ini.

(Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Datuk Dr. Azmi Rohani/Pejabat SUK)

Pasukan Sepak Takraw juga beraksi cemerlang apabila berjaya menjuarai Piala Tun Ali, Ogos lalu.

Manakala pasukan ragbi menjuarai Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan bawah 21 tahun dan menjadi johan dalam Kejohanan HARP Men’s U19 Championship 2022.

Pemberian cuti ini merupakan penghargaan Kerajaan negeri kepada pihak terlibat dan rakyat Johor yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada setiap pasukan yang bertanding mewakili negeri.

Media Baharu