fb fb fb fb fb

JHEV sedia bantu veteran ATM terjejas banjir

TUMPAT, 16 Oktober- Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia untuk mengembeleng 240,000 ahlinya di seluruh negara bagi membantu veteran ATM yang terkesan banjir.

Komitmen menerusi Ketua Pengarahnya, Mejar Jeneral Zambery Jeffery Darus juga memaklumkan, pelbagai barangan keperluan akan disalur.

"Jadi fungsi JHEV adalah untuk memberi bantuan awal kepada mereka seperti bahan makanan, tuala, pakaian, pampers anak dan sebagainya.

"Kami tidaklah mampu untuk melaksanakan operasi mengendalikan banjir yang akan dilaksanakan pihak berkuasa tempatan dan agensi yang lain...tetapi peranan kami banyak untuk membuat koordinasi bersama-sama dengan persatuan veteran di seluruh negeri.

"Kami akan kenal pasti siapakah veteren, rumah manakah mungkin ada potensi untuk terlibat dengan banjir, jadi kami sudah siap sedia," katanya.

(Mejar Jeneral Zambery Jeffery Darus)

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah kepada tiga penerima sempena Inisiatif Perumahan ATM (Bina Baru) di Kampung Baru Nelayan, di sini.

Jelas beliau, ketika ini terdapat 121 persatuan veteran ATM yang berdaftar dengan JHEV.

Di Kelantan sahaja, terdapat 16 persatuan yang aktif dengan 40,000 ahli berdaftar.

Media Baharu