fb fb fb fb fb

Dua PPS di Kulim ditutup, penduduk terjejas dibenar pulang

Foto Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

KULIM, 19 Oktober -Dua pusat pemindahan sementara (PPS), di sini ditutup sepenuhnya pukul 2.00 petang tadi, selepas situasi banjir kilat yang melanda beberapa kawasan sejak Jumaat lalu kembali pulih.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kulim, Kapten (PA) Amirul Alif Ahmad menerusi kenyataan berkata, kesemua penduduk terjejas banjir yang berlindung di PPS Surau Al Shahidin Taman Sang Kancil dan PPS Dewan Kampung Paya Tok Betok telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

"Antara kampung yang terjejas dalam kejadian banjir itu  Kampung Sungai Limau, Kampung Batu 5, Kampung Batu 6 dan Kampung Paya Tok Betok," menurut kenyataan itu.

TETITIA YUSOFF