fb fb fb fb fb

Dua pendaki wanita dipercayai dibawa arus deras di Gunung Suku

IPOH, 15 Mei- Dua wanita dipercayai dibawa arus deras dalam kejadian tanah runtuh dan kepala air ketika sedang mendaki Gunung Suku di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai See Su Yen, 32, dan Ng Yee Chew, 46 tahun.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada kira-kira pukul 6.50 pagi.

"Semasa kejadian pada kira-kira pukul 5 pagi, sekumpulan pendaki gunung seramai 29 orang telah mendengar bunyi air dan tanah runtuh di atas gunung lalu mengambil keputusan untuk berpatah balik.

Namun, semasa dalam perjalanan turun ke kaki bukit, kepala air menimpa kumpulan pendaki tersebut dan dua orang pendaki gunung wanita itu yang berasal dari Cheras dan Klang, Selangor dipercayai telah dihanyutkan oleh arus deras," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 


(Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash)

Media Baharu