fb fb fb fb fb

Dua pelajar Malaysia terbunuh dalam kemalangan jalan raya di New Zealand

PUTRAJAYA, 30 Mac - Wisma Putra melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington mengesahkan dua pelajar Malaysia maut dalam kemalangan jalan raya di Tasik Tekapo, New Zealand pada 1.45 petang waktu tempatan hari ini.

Insiden itu melibatkan lima orang pelajar Malaysia dan tiga orang lagi yang cedera diterbangkan ke Hospital Christchurch, South Islands untuk mendapatkan rawatan segera.

"Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, dengan bantuan komuniti Malaysia di Christchurch, sedang menghulurkan bantuan konsular sewajarnya kepada mangsa dan ahli keluarga bagi
memastikan pengurusan kebajikan kesemua mangsa berjalan dengan lancar.

"Kementerian Luar dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia sedia membantu sekiranya pihak waris membuat keputusan untuk membawa pulang jenazah ke Malaysia,” katanya menerusi kenyataan hari ini yang turut merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung terus dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington di alamat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, 10 Washington Avenue, Brooklyn, PO Box 9422, Wellington, atau di talian: +64-4-3852439/+64-210440188 (kecemasan) dan alamat e-mel, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

GRACE AISYAH KEDAYAN