LANGKAWI, 30 Mac- Kira-kira 135 kanopi peniaga Bazar Ramadan Pelancongan (BRP) di pekan Kuah, di sini diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut awal pagi tadi.
Selain BRP, dalam kejadian 4 pagi tadi peniaga di Bazar Syawal (BS) di parkir Kompleks Pekan Rabu turut menerima nasib sama apabila 30 buah kanopi hilang diterbangkan angin, besi patah dan koyak.
Yang Dipertua MPLBP Tunku Iskandar Shah Tunku Muzaffar Shah berkata pihaknya akan memberikan bantuan awal kepada peniaga terbabit.
"MPLBP akn cuba selesaikan permasalahan peniaga di bazar-bazar tersebut dan akan pastikan mereka dapat kembali berniaga secepat mungkin.
“Pihak MPLBP akan melakukan kerja pembersihan, manakala kerja pembaikan khemah di bazar ramadan pelancongan akan dilakukan oleh pembekal," katanya ketika dihubungi RTM.
Tambah beliau, para peniaga BRP dijangka boleh menyambung semula operasi perniagaan mereka pada petang ini.
Katanya, anggaran nilai kerosakan masih dalam siasatan.