fb fb fb fb fb

Dua maut, pacuan empat roda bertembung lori treler

Foto RTM

TEMERLOH, 27 Julai-Dua termasuk seorang warga emas terbunuh selepas kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori treler di Kilometer 145 Jalan Kuala Lumpur -Kuantan di sini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang berusia 79 tahun  memandu kenderaan yang membawa empat penumpang datang dari arah Kuala Lumpur manakala lori treler tersebut dari arah bertentangan.

Kedua-dua kenderaan tersebut telah bertembung dan menyebabkan pemandu pacuan empat roda bersama seorang penumpang berusia 46 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara tiga lagi penumpang tersebut termasuk seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun mengalami kecederaan.

Manakala pemandu lori treler turut mengalami kecederaan.

Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh bagi tindakan lanjut.

Kes di siasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD