fb fb fb fb fb

1,626 kes kehilangan pendengaran direkodkan di Terengganu tahun lepas

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong

KUALA NERUS, 27 Julai- kira-kira 1,626 kes kes bilateral atau kehilangan pendengaran kedua-dua telinga direkodkan di Terengganu tahun lalu.

Manakala 596 kes unilateral atau kehilangan pendengaran sebelah telinga dicatatkan dalam tempoh sama.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, saringan dibuat dalam kalangan pekerja yang berisiko terdedah dengan bunyi bising.

Antaranya anggota beruniform dan pekerja kilang. 

"Sekarang ini kebanyakan mereka kita kalau boleh mereka-mereka yang terdedah atau berisiko ini kita minta mereka ini membuat saringan sekurang-kurangnya setahun sekali.

"Jadi, mereka-mereka inilah yang kalau kita lihat yang telah pun datang ke klinik-klinik kita mendapat pemeriksaan dan sebahagian daripada mereka ini memang kita memberi rawatan kepada mereka", katanya demikan selepas merasmikan Sambutan  Hari Derma Darah Sedunia dan Hari Pendengaran Sedunia peringkat negeri di sini.

Mengulas lanjut beliau berkata, 95 peratus bayi berusia 28 hari ke bawah disaring masalah pendengaran di kesemua fasiliti kesihatan di negeri itu.

Hasil saringan tersebut tahun lalu, 39 bayi  didiagnos masalah pendengaran.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD