fb fb fb fb fb

Dua maut, seorang parah dalam kemalangan di Kepala Batas

=Foto JBPM Pulau Pinang

KEPALA BATAS, 6 September - Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Shah Bandar, Taman Bertam Perdana di Kepala Batas, petang tadi.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 6.22 petang.
 
Sejurus selepas itu, jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bertam tiba di lokasi kejadian tujuh minit kemudian.
 
Tiga mangsa terlibat dalam kejadian itu dengan dua daripadanya merupakan pemandu dan penumpang kereta pertama yang tersepit di bahagian hadapan kenderaan.
 
Manakala seorang lagi mangsa, pemandu kereta kedua, turut tersepit di tempat duduk pemandu.
 
"Pihak bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. Operasi melibatkan 11 anggota dan penyelamat.
 
"Pemandu kereta pertama, Tan Kwang Sin, 56 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM).
 
"Manakala, pemandu kereta kedua, Muhamad Haziq Bin Adnan, 22 tahun disahkan meninggal dunia di hospital Ketika menerima rawatan," katanya menerusi kenyataan.
 
Seorang lagi penumpang wanita yang masih belum dikenal pasti mengalami kecederaan serius di tangan kiri.
 
Mangsa yang cedera dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut,
 
Operasi menyelamat dengan bantuan pasukan dari BBP Kepala Batas selesai sepenuhnya pada pukul 7.48 malam.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM