fb fb fb fb fb

Dua lelaki China maut, bas persiaran terbalik di Genting Highlands

FOTO BBP Genting Highlands

GENTING HIGHLANDS, 29 Jun- Dua lelaki warganegara China maut selepas bas persiaran yang dinaiki mereka terbalik di KM 16.5 Jln Turun Genting- Bentong, Pahang pagi tadi.

Secara keseluruhan bas persiaran tersebut dinaiki 21 orang dengan tiga daripadanya adalah warga tempatan manakala 18 orang lagi merupakan warga China.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani dalam satu kenyataan berkata, pihak bomba menerima panggilan pada 10.43 pagi dan sampai ke lokasi pukul 10.57 pagi.

Katanya, ketika tiba di lokasi pihaknya mendapati sebuah bas persiaran terbabas dan terbalik.

Terdapat dua lelaki warga China telah tersepit di dalam bas, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala 19 orang lagi cedera dan selamat keluar.

Anggota bomba kemudian mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan menyelamat.

Mangsa kemudian diserahkan kepada ambulan KKM untuk dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut.

Maklumat mangsa dan punca kemalangan masih dalam siasatan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE