fb fb fb fb fb

Dua lagi PPS di Selangor dibuka

Banjir kilat di Selangor semalam

KUALA LUMPUR, 6 November - Bilangan pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor meningkat kepada tujuh buah setakat pagi ini, bagi menempatkan penduduk terjejas banjir di Sepang, Hulu Langat dan Subang Jaya.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seramai 579 orang melibatkan 157 keluarga dipindahkan ke tujuh PPS berkenaan.

"Tujuh PPS itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bangi dan SK Semenyih di Hulu Langat membabitkan 96 orang dan 10 individu ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Camelia Seksyen 10, Putra Heights,"

Empat PPS dibuka di Sepang menempatkan 473 orang iaitu di Dewan Orang Ramai Kampung Dato Ahmad Razali, Dewan Orang Ramai Jenderam Hilir, Dewan Orang Ramai Taman Gemilang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil.

TETITIA YUSOFF