fb fb fb fb fb

Dua kenderaan terbakar, penunggang motosikal maut

(Foto JBPM Perak)

TELUK INTAN, 14 Julai- Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terlibat dalam kemalangan dan terbakar, malam tadi.

Insiden berlaku di jalan pintasan ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Teluk Intan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsa dikenali Muhamad Haziriq Saidun, 25 tahun.

"Pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 10.41 malam.

"Sebaik tiba di lokasi kemalangan, bomba mendapati insiden melibatkan sebuah kereta dan motosikal yang telah terbakar 85 peratus.

"Penunggang motosikal maut di tempat kejadian.

"Dua lagi mangsa yang menaiki kereta bagaimanapun tidak mengalami kecederaan," katanya menerusi kenyataan.


(Foto JBPM Perak)

Media Baharu