fb fb fb fb fb

Dua wanita tunggang motosikal 'ala superman' serah diri

(Tangkap layar rakaman video yang memaparkan aksi tersebut tular di media sosial)

MUALLIM, 14 Julai- Dua wanita yang menunggang motosikal secara berbahaya dan melulu di Kilometer 375.9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim, malam tadi

Ketua Polis Daerah, Superitendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata kedua-dua suspek berusia 18 dan 21 tahun itu, berasal dari Pulau Indah, Selangor.

Terdahulu rakaman video yang memaparkan aksi mereka tular di media sosial.

Siasatan mendapati kedua-dua penunggang dari arah Kuala Lumpur menuju Ipoh melalui lebuh raya tersebut.

Apabila tiba di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Behrang, mereka menunggang secara berbahaya dengan meluruskan kaki ke belakang 'ala superman' dan melakukan pergerakan 'zig zag'.

Kedua-dua wanita disaman kerana tidak memiliki lesen dan dibebaskan dengan jaminan polis.

Kes disiasat bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

(Mohd Hasni berkata  kedua-dua suspek berusia 18 dan 21 tahun itu, berasal dari
Pulau Indah, Selangor.)

Media Baharu