(KD Gempita)
KOTA TINGGI, 25 April- Dua buah kapal perang di KD Sultan Ismail Tanjung Pengelih di sini akan dibuka untuk lawatan pengunjung selama dua hari bermula Khamis ini dari pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang, sempena Hari Terbuka KD Sultan Ismail dan Hari Ulang Tahun Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-89 tahun.
Pegawai Memerintah KD Sultan Ismail, Kapten Shaiful Fadzli Ismail berkata, program bertujuan memberi kesempatan kepada masyarakat mengenal lebih dekat serta memahami peranan dan fungsi kapal perang dalam menjaga keamanan negara.
Ia juga bagi mempamerkan kemampuan dan teknologi yang dimiliki kapal perang tersebut kepada orang awam.
Dua kapal berkenaan adalah KD Lekir jenis Korvet Peluru Berpandu yang dibawa dari jenis EXOCET MM40 Block II yang mampu mencapai jarak tembakan sehingga 40 batu nautika bersamaan 70 kilometer (km) sejam, manakala KD Gempita merupakan sebuah kapal perang jenis Penyerang Laju Meriam.
Tambah beliau, turut menjadi tarikan istimewa adalah acara melihat matahari terbenam di atas kapal KD Lekir dijadual selama dua hari itu pada pukul 4.00 petang.
Seramai 10,000 ribu pengunjung disasarkan hadir pada hari terbuka berkenaan.
(Kapten Shaiful Fadzli Ismail)