fb fb fb fb fb

Polis cari lelaki buat aksi 'wheelie' pakai baju Melayu

(Tangkap layar video yang tular di media sosial menunjukkan aksi seorang penunggang
motosikal melakukan aksi 'wheelie')

KUALA LUMPUR, 25 April- Polis sedang giat mengesan penunggang motosikal yang melakukan aksi berbahaya (wheelie) sambil membonceng seorang wanita yang dipercayai berlaku di Jalan Pasir Puteh, Kampung Peringat, Kota Bharu, Kelantan.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman meminta suspek untuk hadir di balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.

"Video itu memaparkan penunggang terbabit lengkap berpakaian baju Melayu.

"JSPT Bukit Aman telah mengarahkan JSPT Kontinjen Kelantan untuk mengesan penunggang motosikal tersebut bagi siasatan lanjut.

"Aksi secara berbahaya itu merupakan kesalahan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya menerusi Facebook

Katanya, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut boleh menyalurkan maklumat kepada JSPT Kontinjen Kelantan atau mana-mana balai polis yang berdekatan dengan segera.

 (Suspek diminta hadir di balai polis berdekatan untuk membantu siasatan)

Media Baharu