fb fb fb fb fb

Anwar-Erdogan berbalas ucapan Aidilfitri

(Anwar Ibrahim melakukan panggilan telefon dengan Recep Tayyip Erdogan)

KUALA LUMPUR, 25 April- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berbalas ucapan sempena Hari Raya Aidilfitri menerusi panggilan telefon.

Anwar berkata, Malaysia terus komited menjalinkan kerjasama dengan Turkiye, serta memperkukuhkan hubungan dua negara sahabat.

"Menerima panggilan telefon daripada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan semalam, sambil kedua kami berbalas ucapan Aidilfitri Mubarak.

"Kami menegaskan isu-isu hubungan dua hala Malaysia-Turkiye, isu-isu antarabangsa termasuk perkembangan krisis politik di Tunisia, selain perkembangan terkini mengenai pergolakan di Sudan.

"Saya juga mengambil maklum Turkiye kini sedang dalam proses persediaan untuk menghadapi pilihan raya tidak lama lagi, dan saya menegaskan komitmen Malaysia untuk terus bekerjasama dengan Turkiye dan memperkukuh hubungan antara kedua negara sahabat.," katanya menerusi Facebook rasmi.

Pilihan raya Turkiye dijadual akan diadakan pada 14 Mei depan, sebulan lebih awal dari tarikh asal iaitu 18 Jun 2023, ekoran peperiksaan universiti akan berlangsung pada tarikh tersebut termasuk cuti sekolah.

 (Anwar Ibrahim dalam lawatan ke Turkiye bertemu Recep Tayyip Erdogan
pada Februari lalu)

Media Baharu