fb fb fb fb fb

Dua juta kenderaan bakal guna Lebuhraya PLUS

AYER KEROH, 13 Januari- PLUS Malaysia Berhad menjangkakan sebanyak dua juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sepanjang perayaan Tahun Baharu Cina.

Pengerusinya Datuk Mohamad Nasir Ab Latif berkata, Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dikeluarkan bagi membantu pengguna merancang perjalanan dan agihan trafik.

Sempena cuti Tahun Baharu Cina, peningkatan kenderaan dijangkakan sebanyak 20% pada waktu puncak yang akan menggunakan lebuh raya dari 19 hingga 24 Januari depan.

Plus bersedia menerima lonjakan jumlah kenderaan berbanding hari biasa.

Pihaknya juga membuat persediaan bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan yang selamat, lancar dan lebih selesa.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Op Selamat 19 Bersempena Sambutan Tahun Baharu Cina yang dirasmikan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain di Restoran Jejantas Ayer Keroh, Melaka.

Sepanjang 2022, penunggang motosikal menyumbang sebanyak 64% daripada jumlah keseluruhan kemalangan maut di Lebuhraya PLUS.

Kolaborasi bersama agensi penguatkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) amat penting bagi mengurangkan kadar kemalangan yang membabitkan penunggang motosikal dan kenderaan berat.

Selain itu, semua kerja-kerja penyelenggaraan jalan juga akan dihentikan sementara.

(Majlis Pelancaran Op Selamat 19 Tahun Baharu Cina di Restoran Jejantas Ayer Keroh)

Media Baharu