fb fb fb fb fb

Dua buruh binaan maut kemalangan di Tampin

Foto Polis

TAMPIN, 19 Jun - Dua pekerja buruh binaan maut selepas motosikal dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di persimpangan empat lampu isyarat Kampung Baru Tampin di sini, kira-kira pukul 9.0. malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman dalam kenyataan berkata, pembonceng motosikal yang merupakan warga Bangladesh disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala penunggang motosikal meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Tampin ketika menerima rawatan. Kedua-dua mangsa merupakan warga Bangladesh.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati pemandu kereta seorang lelaki berusia 34 tahun dari kuarters kakitangan Hospital Tampin ke Pekan Tampin.

“Apabila sampai di persimpangan lampu isyarat, pemandu kereta itu meneruskan perjalanan ketika lampu isyarat hijau. Secara tiba-tiba datang motosikal ditunggang seorang lelaki tempatan bersama pembonceng lelaki warga Bangladesh dari sebelah kanan, lalu melanggar bahagian hadapan kereta berkenaan, " katanya.

Pemandu kereta terbabit hanya mengalami kecederaan ringan pada bahagian dada dan sedang menerima rawatan di Hospital Tampin.

Mayat penunggang dan pembonceng motosikal dibawa ke unit Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

TETITIA YUSOFF