fb fb fb fb fb

Dua beradik cedera, pokok besar hempap rumah

FOTO JBPM PERAK

IPOH, 2 Mei- Dua beradik masing-masing berusia 15, dan 13 tahun, cedera ringan selepas sebatang pokok bersaiz dua pemeluk tumbang menghempap sebuah rumah dan kenderaan dalam kejadian di Selama, petang semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima laporan pada pukul 4.17 petang.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Selama sebelum ketibaan bomba.

"Pokok yang tumbang dipotong dan dialihkan bagi memastikan tiada lagi risiko.

"Siasatan awal mendapati ketika kejadian hujan lebat serta ribut sedang berlaku di kawasan itu. Operasi tamat pada 6.33 petang,"katanya dalam kenyataan tersebut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE