fb fb fb fb fb

Dokumen PRU DUN ke-15 Ayer Hitam dan Kuah dilupuskan

(Proses pelupusan dokumen PRU DUN ke-15 melibatkan dua DUN Ayer Hitam dan Kuah)

LANGKAWI, 5 Oktober - Pejabat Daerah Langkawi melupuskan dokumen Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) ke-15 bagi DUN Ayer Hangat dan DUN Kuah.

Pegawai Daerah, Datuk Abdul Gafar Yahya berkata pelupusan dokumen itu selras dengan Peraturan 25E, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981.

Katanya, semua dokumen yang digunakan pada PRU DUN ke-15 dilupuskan selepas tiada sebarang petisyen bantahan dibuat oleh parti politik yang bertanding dalam tempoh dibenarkan.

"Proses pelupusan dokumen PRU DUN ke-15 bagi di kedua-dua DUN ini melibatkan kertas undi, buku daftar undi dan beberapa dokumen lain yang berkaitan.

"Ini memandangkan pilihan raya telah berlalu dan proses ini selepas 21 hari diwartakan keputusan pilihan raya dan kita telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri untuk melupuskan dokumen pilihan raya yang lalu," katanya selepas Program Pelupusan Dokumen PRU DUN ke-15 di Pejabat Daerah Langkawi, hari ini.


(Kerusi roda diserahkan kepada Pejabat Kesihatan Langkawi/FOTO Pejabat Daerah)

Kerja-kerja pelupusan tersebut dijalankan melalui kaedah pembakaran bagi memastikan dokumen-dokumen berkenaan dimusnahkan dengan sempurna.

Turut hadir menyaksikan kerja pelupusan tersebut adalah Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari dan wakil agensi yang terlibat pada PRU DUN ke-15 baru-baru ini.

Manakala, sebanyak 37 buah kerusi roda yang digunakan dipusat-pusat mengundi diserahkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi.

Kerusi-kerusi roda tersebut akan diagihkan kepada klinik-klinik kesihatan sekitar daerah itu.

Media Baharu