(Foto BERNAMA)
BENTONG, 5 Oktober- Kesemua sembilan Kelompok Minyak Sawit Mampam (SPOC) di Pahang telah mendapat Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Dr. Ahmed Parveez Ghulam Kadir berkata ia membabitkan sejumlah 11,868 pekebun kecil dengan keluasan 36,36.75 hektar di negeri itu.
Pelaksanaan pensijilan MSPO dapat meningkatkan daya saing sawit negara selari amalan pertanian baik yang diterima di peringkat antarabangsa.
Teks ucapannya dibaca Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan) MPOB, Dr. Ramle Moslim pada Program Pemantapan MSPO Pekebun Kecil Negeri Pahang berlangsung di Kampung Simpang Pelangai, Bentong.
Sementara itu, pelbagai insentif selain bimbingan oleh pihak MPOB telah membantu memudah cara urusan pensijilan MSPO pekebun kecil di sekitar Pahang.
"MSPO ni misalnya kalau kita pekebun tidak boleh menggunakan sebarang racun seperti Paraquat, kita perlu mengikut segala saranan MPOB. Kalau tidak, nanti akan susahkan kita di kemudian hari," kata pekebun kecil, Seow Lain Sin.
"Program MSPO dilaksana kerajaan sangat membantu khususnya kepada kami pekebun kecil. Kami mendapat pengetahuan tentang alam sekitar, buruh dan juga amalan pertanian yang baik," kata pekebun kecil, Muhammad Khalil Mohd Nor.
"Pensijilan MSPO mampu meningkatkan produktiviti selain mengurangkan impak pertanian ke atas alam sekitar. MPOB memberitahu mengenai alat-alat meracun dan ia perlu lengkap untuk digunakan. Daripada segi buruh asing, kita perlu menggunakan buruh asing yang sah sahaja," kata pekebun kecil, Pannir Selvam Muthusamy.
Untuk tempoh sehingga September, sebanyak 196,607 pekebun kecil di seluruh negara telah mendapat pensijilan MSPO meliputi tanah seluas 736,822 hektar.
(Foto BERNAMA)