fb fb fb fb fb

Dokumen D4 antara musnah dalam kebakaran IPK Perak

IPOH, 28 Jun - Sebahagian dokumen di Bahagian D4 (Risikan/Operasi/Rekod Jenayah) musnah dalam kebakaran kecil di sebuah bilik pejabat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata, kebakaran itu berjaya dikawal pihak bomba dengan cepat dan pantas.

Bagaimanapun, pihaknya belum mengenal pasti dokumen yang musnah.

"Punca kebakaran diserahkan kepada forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memastikan keselamatan bangunan yang terjejas.

"Kami akan meminta bantuan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh dan lain-lain bahagian dari segi pelaporan diperlukan untuk membantu Bahagian D4 mendapatkan semula dokumen yang telah musnah," katanya pada sidang media di perkarangan IPK Perak di sini hari ini.

Dalam kejadian petang semalam berlakunya kebakaran di tingkat dua bangunan JSJ IPK Perak yang melibatkan 40 peratus kemusnahan.

Tiada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan.

Media Baharu