fb fb fb fb fb

Aidiladha: Pengguna lebuh raya diminta rancang perjalanan - PLUS

JOHOR BAHRU, 28 Jun- Lebuhraya Utara-Selatan di Johor dijangka menerima peningkatan jumlah kenderaan selepas pukul 5.00 petang ini susulan orang ramai pulang daripada kerja untuk ke kampung halaman masing-masing sempena Hari Raya Haji.

Sebanyak 32,000 kenderaan direkodkan melalui lebuh raya itu semalam pada waktu yang sama.

Tinjauan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Plaza Tol Skudai mendapati berlaku peningkatan kenderaan dari arah Utara setakat pukul 2.00 petang tadi namun aliran trafik masih lancar.

Pengurus Seksyen PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Zolkeepli Bohani berkata tiada penutupan lorong dilakukan pada tempoh 24 Jun hingga 3 Julai untuk kerja penyelenggaraan bagi melancarkan trafik.

Selain itu, SmartLane turut diaktifkan di Kilometer 19 Persimpangan Senai Utara hingga Kilometer 27 Persimpangan Kulai.

"Orang ramai diminta merancang perjalanan pulang ke kampung lebih awal bagi mengelakkan mereka terperangkap dalam perjalanan ke destinasi masing-masing sempena perayaan ini," katanya kepada pemberita di sini.


(Selain itu, SmartLane turut diaktifkan di Kilometer 19, Persimpangan Senai
Utara hingga kilometer 27 Persimpangan Kulai)

Media Baharu