fb fb fb fb fb

Cubaan seludup 18 tan beras dari Singapura gagal

(Foto MAQIS Johor)

JOHOR BAHRU, 28 Jun- Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor mematahkan cubaan menyeludup masuk 18 tan beras dari Singapura di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru pada 22 Jun lalu.

Menerusi kenyataan MAQIS Johor, beras yang diletakkan di dalam 20 beg besar itu cuba dibawa masuk menggunakan barangan lain bagi mengelirukan pegawai penguat kuasa di pintu masuk.

"Beras berkenaan bernilai RM100,000.

"Semakan mendapati pemandu lori gagal mempamerkan dokumen mengimport dagangan tersebut di laluan import kargo BSI.

"Seorang pemandu lori berumur 30-an turut ditahan dan diambil keterangan.

"Kes diserahkan kepada Kawalselia Padi dan Beras Bahagian Industri Padi, manakala rampasan dibantu Jabatan Kastam Diraja Malaysia," katanya.


(Foto MAQIS Johor)

Media Baharu