fb fb fb fb fb

DLKK galak generasi muda amal gaya hidup sihat

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad

PORT DICKSON, 8 September – Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan (DLKK) merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk membina fasa kehidupan yang lebih aktif dan sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, mencadangkan agar rakyat Malaysia menjalani kehidupan lebih proaktif dapat menjaga kesihatan sebelum timbul masalah kesihatan yang serius.

Beliau menekankan pentingnya penglibatan menyeluruh bukan sahaja daripada pihak kerajaan, tetapi juga sektor swasta dan rakyat secara keseluruhannya.

"Penglibatan langsung semua pihak, termasuk rakyat, sangat penting dalam usaha ini.

"Pemerkasaan agenda kesihatan haruslah bermula di barisan hadapan, iaitu peringkat akar umbi setiap masyarakat seluruh negara dan ejen kesihatan komuniti MyCHAMPION perlu digerakkan berlandaskan kesedaran itu.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Kebangsaan 2024 yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun di sini hari ini.

GRACE AISYAH KEDAYAN