fb fb fb fb fb

RM1.45 bilion untuk Projek Tebatan Banjir di Johor

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazai berkesempatan meninjau ke Empangan Kahang dan Loji Rawatan Air (LRA) Kahang di Kluang, Johor.

KLUANG, 8 September – Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM1.45 bilion untuk pembinaan tujuh Projek Tebatan Banjir Keutamaan Tinggi (TBBT) di Johor.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata antara projek utama yang terlibat adalah Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Batu Pahat, Seri Medan, dan RTB Sungai Muar Fasa Tiga, Pakej Satu.

Kerja-kerja pembinaan bagi TBBT ini kini berjalan lancar dan dipantau oleh Kerajaan Negeri serta Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

"Alhamdulillah, semuanya sedang berjalan lancar. Kita juga menumpukan perhatian kepada perancangan untuk memastikan bekalan air mencukupi di seluruh Johor," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, yang melakukan lawatan kerja ke Loji Rawatan Air (LRA) Kahang, Kluang di sini pada Ahad/

Sejak LRA mula beroperasi pada April lalu, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai gangguan bekalan air di Kluang dan kawasan sekitarnya.

GRACE AISYAH KEDAYAN