fb fb fb fb fb

Kota Setar rekod peningkatan penduduk terjejas banjir

Foto Facebook APM Negeri Kedah

ALOR SETAR, 27 November - Jumlah penduduk terjejas banjir di Kedah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kota Setar terus meningkat kepada 1,717 berbanding 1,669 orang tengah malam tadi berikutan air mula memasuki ke kawasan itu.

Seketariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah JPBN dalam kenyataan memaklumkan secara keseluruhan seramai 4,369 orang daripada 1,484 orang ditempatkan di 23 PPS di tiga daerah.

Bagaimanapun daerah Kubang Pasu dan Pokok Sena menunjukkan trend surut.

Menerusi portal Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Kubang pasu masih merekodkan bilangan penduduk terjejas paling tinggi di negeri itu iaitu 2,467 orang.

Sementara itu di Pokok Sena seramai 185 penduduk terjejas banjir masih berlindung di satu PPS terdiri daripada 59 keluarga.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI