fb fb fb fb fb

7,501 penduduk terjejas di Perlis

Keadaan banjir di Kangar

KANGAR, 27 November - Perlis terus catat peningkatan penduduk terjejas dengan 7,501 masih berlindung di 21 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri itu.
  
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Kangar merekodkan jumlah penduduk terjejas banjir paling ramai iaitu 4,474 orang melibatkan 1,318 keluarga.
 
Diikuti Arau 1,720 penduduk terjejas terdiri daripada 537 keluarga dan Padang Besar dengan 1,307 orang daripada 389 keluarga.
 
Sebanyak 10 PPS dibuka sekitar Kangar, manakala enam PPS di Arau dan lima PPS di Padang Besar.
 
Menerusi tinjauan RTM, masih banyak kawasan di sekitar Kangar ditenggelami air dan manakala situasi di sekitar Arau dan Padang Besar semakin pulih.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI