fb fb fb fb fb

Dialog Bajet 2023: Tambah projek perumahan mampu milik, perbanyak peluang pekerjaan antara disuarakan rakyat

PONTIAN, 29 Januari- Menambah projek pembinaan rumah mampu milik, memperbanyak peluang pekerjaan serta bantuan untuk peniaga kecil dan sederhana.

Demikian antara perkara disuarakan rakyat menerusi Sesi Dialog Bajet 2023 yang diadakan Kementerian Kewangan, minggu lalu.

Timbalan Menteri Kewangan l, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, maklum balas lain yang diterima ialah permohonan potongan cukai tertentu serta bantuan kepada persatuan-persatuan sukan melibatkan pelbagai jenis sukan.

"Kami ada pasukan belanjawan yang hadir pada setiap dialog, mereka akan catat dan rumuskan apa cadangan yang terbaik," katanya selepas merasmikan Tangki Air Baharu Benut 4, di sini.

(Datuk Seri Ahmad Maslan menandatangani plak perasmian
Tangki Air Baharu Benut 4, di sini)

Tambah beliau, sesi dialog tersebut memfokuskan isu belia, pembangunan luar bandar, kos sara hidup, pendidikan dan kesihatan.

Sesi Dialog Bajet 2023 dilaksana melibatkan 18 sesi bermula 26 Januari hingga 10 Februari depan.

Ia merupakan inisiatif untuk mendapatkan maklum balas serta pandangan semua pihak berkepentingan sebelum dirumuskan.

Media Baharu