fb fb fb fb fb

Dewan Rakyat lulus mansuh hukuman mati mandatori

(Foto Hiasan)

KUALA LUMPUR, 3 April-Dewan Rakyat, hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.

RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Ramkarpal Singh dan dibahas 10 Ahli Parlimen.

RUU tersebut merupakan akta 'omnibus' kerana memerlukan pindaan kepada beberapa akta berkaitan.

Pindaan itu melibatkan pemansuhan hukuman mati mandatori, pengubahan hukuman berkaitan pemenjaraan seumur hidup dan sebatan, serta mengadakan peruntukan bagi perkara mengenainya.

Jelas Ramkarpal, meskipun hukuman mati mandatori adalah antara kaedah mencapai keadilan terutama melibatkan kesalahan kejam.

Bagaimanapun, tiada kajian lanjut membuktikan perkara berkenaan.

RUU berkenaan membabitkan enam dasar untuk meminda Kanun Keseksaan (Akta 574), Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37), Akta Senjata 1960 (Akta 206), Akta Penculikan 1961 (Akta 365), Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234), Akta Perdagangan Strategik 2010 (Akta 708), Kanun Acara Jenayah.

Mengikut dasar pertama pindaan itu, mahkamah mempunyai budi bicara untuk menjatuhkan hukuman mati atau hukuman penjara maksimum 30 tahun yang boleh dilanjutkan sehingga 40 tahun dan sebatan tidak kurang 12 kali bagi kesalahan menyebabkan kematian iaitu bagi Seksyen 130C, 130I, 130N, 130O, 130QA, 130ZB, 302, dan 374A Kanun Keseksaan.


(FOTO HIASAN/FOTO RTM)

Media Baharu