fb fb fb fb fb

Penyamun tetak pengawal keselamatan diburu Polis

(FOTO RTM)

TELUK INTAN, 3 April-Seorang pengawal keselamatan cedera ditetak ketika bergelut dengan penyamun di Kompleks Menara Condong Teluk Intan, awal pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi ketika mangsa sedang berehat di kompleks perniagaan berkenaan, sebelum didatangi seorang lelaki membawa sebilah kapak.

Ketua Polis Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata siasatan awal mendapati mangsa turut diikat di dalam tandas sebelum suspek memecah masuk sebuah kedai telekomunikasi dan melarikan telefon bimbit di rak pameran.

Bagaimanapun mangsa yang berusia lewat 60-an berada dalam keadaan stabil.

Anggaran kerugian bernilai hampir RM3,000 dengan 70 unit iPhone dilarikan.

Hasil pemeriksaan pihak polis berjaya menjumpai beberapa barang kes yang boleh membantu siasatan.

Justeru, beliau memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian dan suspek diminta menyalurkan maklumat ke mana-mana balai polis berhampiran.


(FOTO HIASAN/FOTO RTM)

Media Baharu