KOTA BHARU, 22 Jun- Dewan Negeri Kelantan yang mempunyai 45 kerusi, dibubarkan secara rasmi hari ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya.
Ia susulan pengumuman Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob pada Rabu lepas bahawa pembubaran Dewan Negeri ke-14 mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
Pembubaran berkuat kuasa enam hari lebih awal, berbanding tempoh mandat yang berakhir pada 28 Jun.
Pilihan Raya Dewan Negeri Kelantan kali ini dijangka menyaksikan Barisan Nasional (BN)menjalin kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH) manakala PAS yang menerajui Kelantan sejak 1990 membentuk kerjasama dengan Bersatu menerusi Perikatan Nasional (PN).
(Datuk Ahmad Yakob berkata Dun Kelantan bubar secara rasmi hari ini)