fb fb fb fb fb

Deraf RUU Majlis Media di fasa akhir

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 5 Disember- Deraf Rang Undang-undang Majlis Media Malaysia kini pada fasa akhir.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil memaklumkan, deraf RUU Majlis Media Malaysia dijangka dibentang di Parlimen, tahun depan.

"Kita baru terima maklum balas daripada pasukan Jawatankuasa Protem dan ini akan disusuli. Insya-Allah, kita akan bawa ke Parlimen tahun depan sama ada mesyuarat pertama atau kedua.

"Tetapi pada masa sama, saya insya-Allah, minta supaya pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) meneliti isu stringer untuk pastikan kawan-kawan kita yang berkhidmat menjadi wartawan tapi bukan tetap, tetapi mereka lebih stringer. Sekarang ini pun kita tahu 'permanent part time'. Jadi kita hendak pastikan keselamatan sosial kepada mereka termasuk EPF dan SOCSO ini terjamin", katanya kepada media selepas menjadi tetamu dalam rancangan terbitan BERNAMA.

Deraf RUU Majlis Media Malaysia merupakan usaha Kementerian Komunikasi dan Digital bagi memastikan kebajikan pengamal media terjamin serta informasi yang diterima masyarakat lebih sahih dalam memelihara keharmonian negara.

ROSLINA BINTI DIN