fb fb fb fb fb

Dasar Air Negara kini di peringkat akhir - NRECC

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim,Datuk Razali Mohamad

KUALA LUMPUR, 5 Disember- Dasar Air Negara yang memberi tumpuan terhadap pengurusan bersepadu air negara, kini berada di peringkat akhir untuk dimuktamadkan.

Menurut Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Razali Mohamad, dasar tersebut meliputi sumber air, perkhidmatan bekalan air dan pembetungan.

"Saya percaya dengan menangani NRW (Air Tanpa Hasil) dan pelarasan tarif yang kukuh akan menjadi kunci bagi memastikan keseimbangan sektor air."

"Dengan peningkatan kecekapan operasi daripada inisiatif pengurangan NRW, bekalan air boleh dioptimumkan dan menangguhkan keperluan untuk melabur dalam infrastruktur air baharu," kata Datuk Razali kepada pemberita pada Majlis Konvensyen Air Antarabangsa, di Pusat Dagangan Dunia, di sini.

Pelaksanaan tarif yang sewajarnya, akan membentuk sikap menghargai sumber air di kalangan rakyat Malaysia.

Tambahnya, kerajaan kekal komited untuk memastikan semua rakyat mempunyai akses kepada sumber air sejajar Matlamat Pembangunan Mampan ke-6 berkaitan air bersih dan sanitasi.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM