fb fb fb fb fb

Delegasi Malaysia teruskan pelayaran ke perairan Gaza

FOTO AFP

KUALA LUMPUR, 17 September - Delegasi Malaysia Kumpulan A yang menyertai konvoi Global Sumud Flotilla meneruskan pelayaran ke Gaza, selepas berlabuh di Tunisia.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) memaklumkan, kumpulan itu akan berhimpun dengan Kumpulan B yang sedang menanti mereka di perairan antarabangsa.

“Selepas mengharungi gelombang ombak dari Barcelona hingga ke Tunisia, Delegasi Malaysia Kumpulan A tetap teguh berlayar dengan satu tekad yang tidak tergugat.

"Inilah usaha untuk menghentikan perang, menolak kebuluran dan mendesak dunia membuka koridor kemanusiaan yang disekat," kata MAPIM.

Pelayaran Global Sumud Flotilla merentasi Laut Mediteranean dengan membawa makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan dijadualkan tiba di perairan Gaza pada pertengahan bulan ini.

Lebih 1,000 sukarelawan dari seluruh dunia bersama berlayar dengan misi memecahkan kepungan terhadap Gaza.

MUHAMMAD 'AZAMUDDIN HUSSAIN