fb fb fb fb fb

DBKL arah buka 'gril' halang laluan pejalan kaki di Flat Wangsa Maju Seksyen 2

FOTO FB WARGA WILAYAH

KUALA LUMPUR, 13 Januari- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengarahkan pengurusan Flat Wangsa Maju Seksyen 2 mengambil tindakan berhubung aduan pemasangan pintu jeriji yang menghalang laluan pejalan kaki.

DBKL menerusi satu kenyataan memaklumkan, surat arahan tersebut dikeluarkan selepas pemeriksaan dilakukan DBKL melalui Pesuruhjaya Bangunan Kuala Lumpur (COBKL), Selasa lalu.

"Pemeriksaan turut mendapati terdapat beberapa unit telah melakukan pengubahsuaian yang tidak hanya kepada pemasangan gril tetapi mengubahsuai struktur.

"COBKL telah mengeluarkan surat kepada pengurusan kediaman supaya mengambil tindakan kepada pemilik petak agar mengembalikan semula pengubahsuaian itu kepada bentuk asal.

"Bawah Seksyen 59 (1) Akta 757 telah menyatakan bahawa kewajipan pengurusan adalah menyenggara dan mengurus dengan sepatutnya bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama, dan menjaganya dalam keadaan yang baik," jelas kenyataan tersebut.

Sebelum ini tular gambar keadaan laluan pejalan kaki dipasang jeriji dengan sekurang-kurangnya satu pintu dipasang di setiap tingkat pada bangunan empat tingkat itu sekali gus menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE