fb fb fb fb fb

Sambutan Hari Wilayah: Kempen Kibar Bendera WP peringkat Labuan dilancar

Dr. Zaliha Mustafa mendengar perincian berhubung Rancangan Struktur Labuan 2040

LABUAN, 13 Januari- Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2024 peringkat Labuan telah berlangsung dengan jayanya.

Majlis pelancaran diadakan di perkarangan anjung Budaya Taman Damai Kg. Layang-Layangan disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa.

Pada program tersebut, Dr. Zaliha menyampaikan bendera berkenaan kepada pengerusi-pengerusi Zon Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

Rombongan itu turut berkonvoi untuk mengagihkan bendera Wilayah Persekutuan kepada komuniti di Dewan Komuniti Kg. Sg. Bedaun dan Dewan Komuniti Kg. Tg. Aru Nelayan.

Selain pelancaran majlis itu, Dr. Zaliha turut melancarkan Publisiti Dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Struktur Labuan 2040.

Kedua-dua program yang disusun atur antara pengisian program sempena lawatan kerja rasmi beliau ke Labuan.

Sementara itu Dr. Zaliha turut dijadual membuat lawatan ke pulau-pulau sekitar perairan Labuan, mengadakan Program 'Temu Rapat' bersama komuniti Labuan dan meninjau perkembangan ke beberapa projek yang diselia Perbadanan Labuan menerusi Program Turun Padang (TUPA).

Terdahulu, beliau turut berkesempatan mengadakan perjumpaan bersama ketua-ketua jabatan dan agensi di pulau ini di Wisma Perbadanan Labuan serta mengadakan beberapa perjumpaan dengan pihak swasta dan NGO.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE