fb fb fb fb fb

Datuk Seri Mohd Shuhaily komited pastikan AKPS beri impak kepada masyarakat

Datuk Seri Mohd Shuhaily ditemui media pada majlis sambutan rasmi Ketua Pengarah AKPS di Putrajaya.

PUTRAJAYA, 1 Julai – Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain secara rasmi memulakan tugas sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) hari ini bagi tempoh dua tahun hingga 30 Jun 2027.

Beliau menyatakan komitmen untuk memastikan AKPS dilihat secara fizikal dan memberi impak jelas kepada masyarakat dalam masa terdekat, sejajar dengan aspirasi kerajaan.

“Insya Allah tugas kami untuk memastikan AKPS ini dapat dilihat secara fizikal dalam masa yang terdekat dan impak kepada masyarakat seperti mana yang didambakan oleh kerajaan,” katanya kepada media selepas majlis sambutan rasmi Ketua Pengarah AKPS di Putrajaya.

Dalam Majlis berkenaan, beliau bertemu dengan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Awang Alik Jeman, Datuk Seri Mohd Shuhaily bagi menerima mandat khusus berkaitan hala tuju dan pentadbiran AKPS.

Ketibaan beliau di pejabat AKPS disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah(Pengurusan), Ismail Mokhtar, dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Mohd Jasmi Mohd Juwahir.

Pelantikan Datuk Seri Mohd Shuhaily diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, semalam.

NIZAMIAH ASIQIN MOHD ZUKNI