PUTRAJAYA, 11 April-Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Naim Mokhtar mengumumkan pelantikan Datuk Mohd. Amran Mat Zain sebagai Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), berkuat kuasa hari ini.
Jawatan tersebut disandang oleh beliau sebelum dilantik sebagai menteri kabinet selepas Pilihanraya Umum (PRU) ke-15.
"Beliau hampir 29 tahun berkhidmat dalam Jabatan Kehakiman Malaysia dan saya percaya beliau akan meneruskan kecemerlangan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, memimpin dan membawa seluruh pegawai syariah ke arah kecemerlangan dan memartabatkan insitusi perundangan kehakiman", katanya ketika merasmikan Majlis Iftar Jama'ie Bersama Anak Anak Yatim sekali gus mengumumkan pelantikan Ketua Hakim Syarie baharu di sini.
Tambahnya lagi, sebelum ini Datuk Mohd Amran Mat Zain juga telah berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Rayuan di JKSM sebagai jawatan terakhir beliau, selain pernah bertugas sebagai Ketua Hakim Syarie di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Naim Mokhtar
/FOTO RTM)