
KUALA LUMPUR, 24 Jun – Datuk Mas Rizal Mohd Hilmi dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Penyiaran Strategik), Jabatan Penyiaran Malaysia berkuat kuasa pada 22 Jun lalu.
- Kementerian Komunikasi mengumumkan melalui hantaran rasmi di Facebook.
- Kementerian merakam ucapan tahniah dan mendoakan kejayaan dalam menggalas amanah baharu.
- Beliau sebelum ini menjawat Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli) di Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.
Pelantikan itu diumumkan Kementerian Komunikasi menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Dalam hantaran tersebut, kementerian turut merakamkan ucapan tahniah kepada beliau serta mendoakan kejayaan dalam menggalas amanah baharu.
“Selamat menjalankan tugas dan semoga terus cemerlang menggalas amanah dalam memacu kecemerlangan penyiaran negara,” menurut hantaran itu.
Sebelum ini, Mas Rizal berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli) di Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).
Terdahulu, Datuk Mas Rizal menyantuni Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah, di pejabatnya selepas dilantik sebagai sebagai Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran di Putrajaya.