fb fb fb fb fb

Datuk Ir. A. Rajendran, Datuk Bandar MBPP baharu

Foto FB Menteri Besar

GEORGE TOWN, 9 Mei- Datuk Ir. A. Rajendran, 60 tahun dilantik menjadi Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang keempat, hari ini.

Beliau menggantikan Datuk Yew Tung Seang yang bersara wajib pada 5 Mei lalu.

Beliau berkata, Visi Penang 2030 yang diilhamkan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow akan terus menjadi tunjang dan dijadikan panduan bagi halatuju MBPP ke arah sebuah Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan KeluargaInspirasi Negara.

"Saya harap Majlis Bandaraya Pulau Pinang akan menjadi bandar yang progresif, berdaya tahan dan bahagia. Tiga perkara ini yang kita sasarkan. Selain itu, isu semasa seperti aspek kebersihan dan lalu lintas akan kita beri perhatian.

Kita tidak dapat nafikan isu ini masih berlaku. Bukan di Pulau Pinang sahaja tetapi di bandar-bandar Malaysia yang lain juga," kata Rajendran dalam ucapannya sempena Majlis Angkat Sumpah Penerimaan Jawatan sebagai Datuk Bandar di Dewan Bandaraya yang disaksikan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow,

Beliau berkata MBPP kini sedang melaksanakan perancangan dan langkah-langkah pembaikan selain pendidikan serta tindakan penguatkuasaan akan dipertingkatkan.


(Foto FB Menteri Besar)
 

Media Baharu