(Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki sah dilantik sebagai Pengerusi MARA berkuatkuasa Jumaat lepas)
KOTA TINGGI, 12 Mac- Bekas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki sah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat( MARA) yang baharu berkuatkuasa Jumaat lepas.
Perkara itu disahkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Menurutnya, surat watikah pelantikan jawatan itu telah diserahkan di pejabat KKDW, Putrajaya.
Beliau mengesahkannya kepada pemberita selepas lawatan kerja rasmi ke Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) di Kota Tinggi, Johor.
Sebelum ini jawatan Pengerusi MARA itu disandang oleb Datuk Seri Azizah Muhd Dun sejak 1 Mei 2020 dan beliau merupakan bekas ahli parlimen Beaufort.
(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media selepas lawatan kerja r
asmi ke Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) di Kota Tinggi)