fb fb fb fb fb

Datuk Abu Samah dilantik pemangku Ketua Polis KL

KUALA LUMPUR, 8 Mei- Ketua Cawangan Khas Polis Kuala Lumpur, Datuk Abu Samah Mohd Noor dilantik sebagai pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Datuk Yahaya Othman yang dilantik sebagai Ketua Polis Pahang.

Majlis serah terima tugas jawatan tersebut disaksikan Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Azmi Abu Kassim di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini.

(Datuk Abu Samah Mohd Noor / Foto BERNAMA)

Datuk Abu Samah akan memangku jawatan berkenaan sehingga Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu iaitu Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain melaporkan diri.

Datuk Mohd Shuhaily ketika ini merupakan Ketua Polis Pulau Pinang sementara Datuk Abu Samah turut dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Kedah berkuat kuasa 22 Mei.

Datuk Abu Samah juga dipertanggungjawabkan untuk memangku jawatan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur sehingga penggantinya diputuskan oleh pihak pengurusan tertinggi PDRM kelak.

Media Baharu