fb fb fb fb fb

Dasar larangan eksport REE, jamin pulangan maksimum kepada negara

(FOTO HIASAN)

GOPENG, 23 September - Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk melaksanakan dasar larangan eksport bahan mentah unsur nadir bumi (REE).

Menterinya, Chang Lih Kang berkata dasar berkenaan penting bagi menggalakkan perkembangan industri hiliran negara menerusi pemindahan teknologi dan kepakaran selain menjamin pulangan maksimum kepada negara.

(Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang)

"Kalau kita eksport sahaja nadir bumi seperti ini ia tidak dapat membantu negara kita membangunkan industri yang berkaitan dengan nadir bumi.

"Untuk nilai tambah, kita perlu membangunkan industri hiliran. Jadi sekiranya kita hendak membangunkan industri hiliran kita tidak boleh membenarkan eksport bahan mentah keluar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Karnival Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Gopeng 2.0 di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), di sini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memaklumkan kerajaan akan membangunkan dasar larangan eksport bahan mentah unsur nadir bumi (REE) selain Dasar Mineral Negara baharu yang turut dirangka.

Media Baharu