KUALA LUMPUR, 8 Mei- Sektor kesihatan dan institusi penyelidikan perlu bergerak berpandukan dasar yang jelas.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia amat penting untuk menangani cabaran kesihatan secara berkesan dan mampan.
Langkah tersebut demi memastikan rakyat mendapatkan perkhidmatan kesihatan terbaik dan berkualiti.
"Saya maklumkan kepada Dr. Dzulkefly, tolong maklumkan kepada kakitangan, bukan sahaja untuk mengetahui tentang penyakit tetapi juga untuk memahami penyakit ekonomi, dasar makroekonomi. Setiap kementerian, setiap jabatan, setiap pusat penyelidikan tentu saja mahukan lebih banyak peruntukan, begitu juga negara.
Adalah penting untuk negara ini, kita perlu memastikan orang ramai, masyarakat pada umumnya mendapat manfaat dengan kemudahan terbaik, untuk diberikan layanan terbaik," kata Datuk Seri Anwar dalam ucapannya hari ini.
Beliau ditemui pada Majlis Pembukaan Persidangan CRM Trial Connect 2025 di ibu negara.
Jelas Datuk Seri Anwar, kerajaan komited dalam memastikan seluruh rakyat menerima manfaat kemudahan kesihatan, meskipun berada di kawasan pedalaman.